Kamis, 26 Desember 2013

Doa buat Ustaz Azizan moga beliau sihat dan tabah


Kedua-dua kaki Ustaz Azizan selamat dibedah

Harakahdaily,09 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak selesai menjalani pembedahan memotong kedua-dua kakinya sekitar jam 11.30 malam ini.

Setiausaha Akhbarnya, Mohd Helmi Khalid dalam sms kepada Harakahdaily memberitahu, Ustaz Azizan telah dimasukkan ke bilik pembedahan Hospital Pulau Pinang sekitar jam 6.30 petang tadi.

“Sekitar jam 8.30 malam, kaki kanan beliau telah dipotong dan kaki kiri turut dipotong selepas itu, pembedahan selesai sekitar jam 11.30 malam,” jelas Helmi.
YDP Agong Sultan Abdul Halim ziarah Ust Azizan di Pulau Pinang 

Apabila engkau tegas, engkau disalah tafsirkan.
Apabila engkau marah pada sesuatu perkara, engkau selalu disalah tafsirkan.
Apabila engkau menegur sesuatu kesilapan, engkau selalu disalah tafsirkan.

Saat ini sudah berubah...,

Tapi disaat ini, rakyat Kedah mula merinduimu.
Tapi disaat ini, rakyat Kedah mula menyayangimu. Sangat menyayangimu.
Tapi disaat ini, rakyat Kedah mula menyantunimu.

Engkau ibarat ayah. Tegas dalam sesuatu perkara. Berlemah-lembut juga dalam sesuatu perkara.

Selamat berjuang wahai ayah (untuk seluruh anak-anak Kedah).
Kami merindui kepimpinanmu.
Kami merindui ketegasanmu, dalam menjalankan tugas-tugas & amanah kepada rakyat.
Jika ada salah dan silap kami terhadapmu, maafkan kami semua.

Moga Allah sembuhkan kesihatan ustaz.
Jutaan doa kami kirimkan buat ustaz.
Jutaan beribu batu kilometer kami doakan. (khas anak perantauan)
Moga doa daripada kami, tiada hijab diantara kita.
Moga Allah ampuni dosa-dosa ustaz & dosa-dosa kita semua.
Amin...

Selamat bekerja semula untuk rakyat.
Suaramu amat diperlukan, untuk menegur segelintir anak muda yang terlalu bersemangat.
Moga Allah sembuhkan kesihatan ustaz & kembali pulih seperti sediakala.

.............................................
Doa kami dari anak perantauan,
Khusus anak-anak kedah di bumi Jordan.

# KAMI MERINDUIMU USTAZ AZIZAN BIN ABD RAZAK.
— at Bayt Malizi. Mutah, Jordan.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar