Kamis, 19 Desember 2013

Anak Hadi Awang Dipilih Timbalan Ketua Pemuda PAS


PETALING JAYA – Anak Presiden PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi dipilih menjadi Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS pada muktamar sayap itu di sini hari ini.

Beliau mendapat 355 undi menewaskan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS pusat Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakob yang mendapat 282 undi.

Sementara itu, bekas Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat dilantik menjadi Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

Beliau mendapat 320 undi menewaskan dua pencabar lain, Yang Dipertua PAS Putrajaya Kamarulzaman Muhammad (307) dan peguam PAS Zulhazmi Sharif (tujuh).

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat pula disandang oleh Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Mohd Khairil Nizam Khirudin selepas mendapat 411 undi menewaskan pencabarnya Ahmad Zamri Asaad Khuzaimi, seorang peguam yang mendapat 226 undi. – BERNAMA

Tidak ada komentar:

Posting Komentar