Selasa, 12 Agustus 2014

Bom dalam kereta

KANNAN menunjukkan kereta ditinggalkan suspek yang membawa penemuan bom asap di resortnya.

“Enggan berfikir panjang, saya menutup akaun kemasukan mereka dan terus mengemas bilik,” katanya.

Port Dickson: Seorang ejen bilik penginapan di sebuah resort di Jalan Pantai, Batu 2, di sini, menempuh saat mencemaskan apabila seorang pelanggan meninggalkan sebutir bom dalam kereta di tempat letak kenderaan di tingkat dua resort, malam kelmarin.

A Kannan, 36, berkata, dia menyewakan sebuah bilik di tingkat dua kepada suspek berusia 25 tahun dan teman wanitanya berusia lingkungan 20-an pada jam 6.56 petang, Selasa lalu.

Bagaimanapun, katanya, pasangan berkenaan meninggalkan bilik itu jam 12 tengah hari Rabu lalu tanpa memaklumkan kepadanya.

“Ketika mengemas bilik itu pada 14 Ogos lalu (Rabu lalu), saya terkejut kerana pintu tidak berkunci dan kunci hanya diletakkan di dalam bilik.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar