Tampilkan postingan dengan label mega. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label mega. Tampilkan semua postingan

Kamis, 20 Februari 2014

Kontraktor Melayu Johor dakwa tiada peluang sertai projek mega

July 09, 2013 TMI
Ahli Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Johor (PKMMNJ) hari ini melahirkan rasa kecewa kerana kurang diberi penyertaan dalam banyak projek mega di negeri itu.

Pengerusinya, Mahmood Amir, berkata persatuan itu berpendapat ahlinya hanya menjadi `penyeri majlis apabila projek berbilion ringgit itu dilancarkan dan hanya mampu melihat kerja kontrak dilaksanakan orang luar.

"Banyak projek mega dilaksanakan di negeri ini khasnya di kawasan pembangunan Iskandar Malaysia tetapi kami tidak mendapat sebarang manfaat daripadanya," katanya.

Bercakap pada sidang akhbar hari ini, beliau berkata jika ada sekalipun, kontraktor Melayu hanya akan mendapat kerja yang nilainya terlalu kecil.
"Kerja yang diperolehi harganya kecil tetapi bayaran pula diterima lambat iaitu sehingga tujuh bulan," katanya.

Katanya, PKMMNJ mahu mereka diberi peluang yang lebih baik menyertai projek mega di Johor dan bayaran untuk kerja mereka dibuat dengan lebih cepat.

"Bayaran yang lambat menimbulkan masalah kepada kami. Sebagai contohnya dalam pembinaan jalan, kita diberi masa selama dua bulan bagi membuat bayaran untuk batu-batuan yang kita beli daripada pihak kuari sedangkan kita sering lambat menerima bayaran (daripada kerajaan)," katanya.

Mengenai Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang yang bernilai RM60 bilion, beliau berkata PKMMNJ kesal kerana Petronas tidak membuka kerja kontrak untuk kontraktor Melayu Johor.
"Petronas terlalu eksklusif mengenai projek itu sehingga tidak memberikan sebarang maklumat mengenai projek yang boleh disertai kontraktor tempatan.

"Memang benar, kita mungkin tidak mampu melakukan kerja berkaitan dengan petrokimia yang memerlukan kepakaran tinggi, tetapi kita boleh dan mampu melakukan kerja berkaitan dengan kemudahan infrastruktur," katanya.

Petronas sebagai sebuah syarikat berkaitan kerajaan, dengan perancang pembangunannya adalah orang Melayu, harus sedar bahawa kontraktor Melayu akan terus ketinggalan sekiranya tiada peluang diberikan kepada mereka.

Sementara itu, beliau berharap PKMMNJ dapat diberikan peluang dalam pelaksanaan projek Hub Pendidikan Tinggi Pagoh dengan fasa pertamanya membabitkan peruntukan sebanyak RM1 bilion.
Utiliti guna sama seperti kompleks sukan dan perpustakaan akan turut dibina di hub pendidikan tersebut yang boleh menempatkan 10,000 pelajar apabila siap kelak. - Bernama, 9 Julai, 2013.
Read More..

Kamis, 14 November 2013

Samsung Galaxy Mega

Samsung siap untuk memperkenalkan seri baru "Galaxy Mega" smartphone dan spesifikasi rinci yang pertama dari mereka telah muncul secara online.
Samsung Galaxy Mega

Menurut sebuah laporan dari SamMobile , Galaxy 5.8 mega, yang kode nama GT-I9152 akan menjadi phablet Dual-SIM. Galaxy Mega akan olahraga 5,8" layar QHD dengan resolusi 960 x 540 piksel dan akan mengukur 164 x 83,8 x 9.7mm. Perangkat ini akan menampilkan prosesor dual-core 1,4 GHz dengan 1,5 GB RAM, kamera belakang 8 megapiksel dan penembak depan 2 megapiksel. Samsung Galaxy mega 5.8 akan datang dengan pilihan konektivitas terbaru, yang meliputi Bluetooth 4.0, Wi-Fi 80211 a / b / g / n dan dukungan GPS. The phablet mendatang akan didukung oleh Android 4.1.2 atau 4.2.2 Jelly Bean dan seperti biasa Samsung akan pra-instalasi sendiri Nature UX di atas itu. Jus untuk phablet tersebut datang dari baterai 2.600 mAh.
Read More..