Tampilkan postingan dengan label kali. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label kali. Tampilkan semua postingan

Minggu, 02 Maret 2014

COP 10 KALI PERCUMA SEKALI SERVIS!!


Dua tukang urut yang leka melayan pelanggan masing-masing di sebuah premis di Jalan KS 3A, Taman Kinrara Seksyen 3 di sini, menangis teresak-esak apabila premis tempat mereka bekerja diserbu pihak berkuasa, lewat malam kelmarin.
Kedua-duanya saling berpelukan dan sengaja menangis dengan suara kuat apabila mendapati jurugambar media bertali arus merakamkan wajah mereka yang cuba disembunyikan di sebalik bantal.
Dalam serbuan Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor kira-kira jam 11.30 malam itu, 14 tukang urut ditahan masing-masing tujuh warga Vietnam dan tujuh warga China.
Pegawai Turus D7 IPK Selangor, Deputi Superintendan Rohan Shah Ahmad berkata, ketika diserbu, lima tukang urut berusia 19 hingga 30 tahun leka memberi khidmat kepada pelanggan warga tempatan di dalam bilik-bilik kecil yang dipisahkan dengan dinding.
Menurutnya, tiga kondom belum digunakan turut ditemui dan pihaknya percaya wujud aktiviti pelacuran di premis terbabit.
Katanya, premis dipercayai beroperasi tanpa lesen sejak setengah sebulan lalu dan pengusaha dikatakan menawarkan pakej sekali perkhidmatan percuma sekiranya pengunjung mendapatkan khidmat urutan lebih 10 kali di premis sama.
“Pengusaha premis menawarkan harga RM99 bagi satu sesi dan pelanggan mereka turut diberikan satu cop di atas ‘kad kunjungan’ setiap kali premis dikunjungi.
“Kita dapati setiap bilik-bilik kecil juga mempunyai bilik air yang menempatkan sebuah katil,” katanya.
Rohan Shah berkata, lima pelanggan warga tempatan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang bagi membantu siasatan.
Menurutnya, pengusaha bakal disiasat di bawah Seksyen 55 B Akta Imigresen kerana menggaji pekerja asing tanpa permit manakala tukang urut disiasat di bawah Seksyen 39 B Peraturan-peraturan Imigresen kerana bekerja tanpa permit sah
“Salah seorang tukang urut yang tidak mempunyai dokumen perjalanan sah disiasat di bawah Seksyen 6 Akta Imigresen,” katanya.
Seorang penjaga premis berusia lingkungan 30-an turut ditahan dan dibawa ke IPD Serdang.
Read More..

Selasa, 24 Desember 2013

Gara gara paderi lupa pasangan ini terpaksa menikah dua kali

Dalam sehari, pasangan muda ini terpaksa menikah dua kali lantaran sang paderi lupa menyuruh mereka untuk mengucapkan kalimat I Do. Kelly Sweetman dan Nathan rees yang berusia 25 tahun, terpaksa mengulang kembali prosesi pernikahan untuk mengesahkan pernikahan mereka.



1 jam setelah pesta berlangsung, pihak perancang perkahwinan mendadak meminta pasangan muda tersebut untuk mengulang pengikatan janji. Dikatakan oleh Nathan, sewaktu mereka melakukan prosesi sebelumnya, memang ada yang aneh, yakni sang paderi langsung memintanya untuk menyarung cincin di jari isterinya pasca membaca janji.

Para tamu pun   kehairanan kerana kata I Do belum sempat terucapkan dan mereka sudah disahkan jadi suami-isteri. Kemeriahan pun berlangsung dan menutupi keanehan tersebut hingga akhirnya pihak panitia menyedari kesalahannya, seperti dikutip dari Dailymail.

Altar yang sudah dibuang kembali dipasang dan didekorasi dan pengantin kembali dipersiapkan. Pesta yang berlangsung di sebuah pantai di Cyprus, Kepulauan Mediteranian ini berlangsung meriah. Sang pengantin baru pun terkejut kerana mereka tak hanya menikah sekali, namun juga dua kali tanpa harus membayar lagi.

Kesalahan paderi  dilihat mereka sebagai sesuatu yang tak dapat dilupakan. Selain para tamu mendapatkan lebih banyak minuman, mereka juga memberikan sebuah memori pernikahan yang unik. Nathan yang bertemu Kelly melalui facebook dua tahun lalu pun mengatakan bahawa dia tidak keberatan mencium dan mengikat janji berkali-kali dengan isterinya.

sumber: wolipop

 sumber
Read More..