Tampilkan postingan dengan label bersama. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label bersama. Tampilkan semua postingan

Kamis, 06 Februari 2014

Nad Zainal dan Azman Kombos Masih Bersama


SHAH ALAM – Pelakon Nad Zainal menafikan dia dan kekasihnya, aktor Azman Kombos telah putus cinta seperti mana dilaporkan oleh sebuah akhbar baru-baru ini.

Nad atau nama sebenarnya Nadia Zainal, 23, berkata, hubungan mereka masih berjalan seperti biasa dan memberitahu tidak pernah timbul sebarang masalah dalam percintaan mereka.

“Sejujurnya saya tidak pasti bagaimana cerita berkenaan boleh timbul kerana hubungan kami masih berjalan seperti biasa dan bukannya seperti dilaporkan.

“Malah saya sendiri tidak mengetahui berita berkenaan dikeluarkan sehingga ada kenalan yang memberitahu saya,” katanya kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis Debaran Anugerah Skrin 2013 yang diadakan di Plaza Alam Sentral di sini, malam Jumaat lalu.

Pada acara yang mengumumkan lima pencalonan terbaik bagi 30 kategori dipertandingakan, Nad tercalon dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik menerusi drama Mawar Pitih Tanda Perpisahan arahan Bade Azmi.

Dalam perkembangan berkaitan, Nad berkata, cerita berkenaan timbul mungkin disebabkan dia tidak lagi memuat naik gambar bersama kekasihnya di laman Instagram seperti sebelum ini.

Jelas Nad, selepas ditimpa beberapa kontroversi sebelum ini, dia memilih untuk bersikap ‘low profile’ tentang hubungan cinta mereka kerana bimbang akan menimbulkan salah faham peminat.

“Kami berdua lebih selesa untuk tidak mendedahkan kisah percintaan melebihi daripada kerjaya masing-masing tambahan pula kami sedang membina tapak dalam industri.

“Jika terlalu mendedahkan tentang kisah-kisah peribadi bimbang ia akan menimbulkan masalah lain kemudian hari,” jelasnya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai tunggakan pembayaran baki akhir teater Maduku Kalut yang gagal dilunaskan pihak produksi sebelum ini, Nad menjelaskan masalah itu telah pun selesai.

Kata Nad, pihak penerbit iaitu Mohd Amer Shafiq Khalip telah menjelaskan baki pembayaran kepadanya yang tertunggak sehingga menimbulkan kontroversi.

“Sudah tiada masalah kerana saya telah menyelesaikan tanggungjawab untuk teater berkenaan dan pihak penerbit sudah membuat pembayaran kepada saya,” ujarnya.

Sementara itu, Nad memberitahu dia sangat merendah diri apabila tercalon dengan nama-nama besar dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik Drama ASK 2013 seperti Datin Umie Aida, Nora Danish, Sharifah Amani dan Sherie Merlis.

Kata Nad, dia berbangga tercalon dalam kategori itu dan sudah menganggap ia sebagai satu kemenangan buatnya sebagai pelakon.

“Soal menang atau kalah bukan isu kerana saya sudah cukup gembira apabila nama tersenarai dengan semua pelakon-pelakon hebat dalam kategori sama,” katanya. – mStar Online
Read More..

Minggu, 24 November 2013

Balita ini Tinggal Dua Hari Bersama Ibunya yang Sudah Jadi Mayat

Seorang balita perempuan berusia tiga tahun tinggal selama dua hari setelah ditinggal mati mendadak oleh ibunya di rumah mereka di Selandia Baru. Ia mencari kenyamanan dari mainan kesukaannya dan melahap keju, lasagna sisa, dan susu.

Shylah Silbery, nama balita ini, mencari sendiri makanan di dalam kulkas dengan hanya ditemani boneka beruang Teddy Bear yang dinamainya Possum setelah ibunya, Lauren Silbery yang berusia 28 tahun, meninggal dunia.
Shylah Silbery (kanan) Tinggal Dua Hari Bersama Ibunya Lauren Silbery yang Sudah Jadi Mayat (kiri)

Komunikasi terakhir keluarga dengan Lauren Silbary terjadi pada 19 Oktober. Dua hari kemudian, karena tiada berkabar, keluarga mencemaskan keadaan Silbery dan anaknya. Mereka pun menghubungi tetangga Lauren untuk mencari tahu. Tetangga yang memeriksa keadaan rumah, hanya bisa melihat Shylah kecil tanpa terlihat keberadaan Lauren.

Polisi yang datang belakang membujuk Shylah untuk menyeret meja kopi ke depan pintu agar dirinya bisa meraih kunci dan membuka kunci pintu. Kepada polisi, Shylah hanya berkata, "Mama tidak mau bangun."

Polisi kemudian segera membawa Shylah ke rumah sakit untuk mendapatkan perawatan selama beberapa hari. Sekalipun menderita dehidrasi dan popok bayi yang lama tidak diganti, keadaan Sylah dilaporkan tidak mengkhawatirkan.
Read More..